Apa dah jadi kepada Pasukan NAGA!! Akhirnya keberanian yang ditagih dari SANG NAGA layu di kaki kelicikan SANG KENARI.Pada 29 Jun 2008, bertempat dipadang yang sama sebelum ini, perlawanan pusingan pertama kali ke-3 bagi menentukan tempat keseparuh akhir telah berlangsung diantara Pasukan Blok F Sri Era dengan Pasukan Blok C SPN.
Harapan besar untuk memenangi perlawanan tersebut dengan jumlah jaringan yang besar tidak dapat dizahirkan sebaliknya terbawa-bawa dengan perasaan yang terlalu yakin dapat membenam pihak lawan memberi impak kekalahan yang besar dengan jumlah jaringan
6-2.Dengan beberapa tonggak utama yang hadir, tiada alasan untuk tidak beraksi dengan cemerlang dan bergaya.
Apa SUDAH JADI!!!.........................
Apa SUDAH JADI!!!.........................
Persoalan yang mungkin boleh dirungkaikan oleh pengurus Pasukan NAGA iaitu saudara Castello. Antara komen yang telah diberi yang menjadi punca atau faktor-faktor penyebab kepada kekalahan teruk iaitu :
1) Perasaan 'OVER CONFIDENT' boleh menumpaskan pihak lawan.
2) Tiada persefahaman dalam melakukan gerak kerja berkumpulan, lebih kepada lorongan perseorangan.
3) Benteng pertahanan yang terlalu rapuh.
4) Tiada umpanan dapat dilakukan dengan tepat kebahagian serangan.
5) Tolakan bola kepada rakan yang tidak sempurna mengakibatkan pihak lawan dapat mengatur strategi ke bahagian serangan dengan lebih pantas dan berkesan.
6) Dan lain-lain lagi
Untuk itu, diharap AJK Biro Sukan dapat merencana dan merancang mewujudkan pasukan pelapis dan senior bagi memantapkan lagi Pasukan Bola Blok F ini. Juga diambil tindakan susulan agar pasukan ini dapat ditingkatkan dari segi persembahan skil dan gaya permainan.
Jangan berputus asa. Bola itu bulat, tiada rezeki kemenangan pada tahun ini mungkin rezeki kemenangan itu akan hadir pada perlawanan seterusnya nanti.
Jangan berputus asa. Bola itu bulat, tiada rezeki kemenangan pada tahun ini mungkin rezeki kemenangan itu akan hadir pada perlawanan seterusnya nanti.
"MANTAP PASUKAN BIRO SUKAN BLOK F SRI ERA KEBANGGAAN PENDUDUKNYA"
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWDpCgM_-nAAj0xc5V0OmslAeSX6uNoZcZEcUEa5UAVRTKRyoEKACo5y0yhBVm0mUzPtQhwvwgACgHRuGkd23gMhVY_JnuYs4MORmRLVWKX0WlqIDmyIQeU7Ifsv3m1lgD-p1H0RnpkP8/s400/70529rasmi.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiW0X-jCYXmWP75Yytl2B3Y5klpFAnQpQ82c_o7CJphl0exEVXXcljGbUPeWKY4x_h4GUqnGoxUsUxyHHV81pR1JDmoE8jWWQXZiFd_xi3QgCpWWMBJW1Ac2ZQ49Pc_24894CYCyBjH014/s400/47090cup3.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHrnPHvW3QCG1jUeaCGh7Cv7PJTsrUT2I21ES4fFBlx1uUriyvh880Acdz6XML6hAZmG_tdnrSyCxtB-PHxITGmV_0R194y0aDHNWrsk_jF7vSkNjLwZVoFhjWP4IS4xcI3zs2wjg3nmE/s400/9291burung_1.jpg)
Jemputan perlawanan antara blok apartmen SPN & Sriera
Pihak persatuan penduduk blok C SPN telah menjemput wakil dari BIRO Sukan Blok F bagi membincangkan perlawanan antara blok-blok apartmen sekitar Medan Cahaya dan Medan Jaya.Maklumat yang diterima sebelum ini, menyatakan akan diadakan 2 perlawanan iaitu membabitkan sukan bola sepak padang dan sukan badminton.Kepada penduduk Blok F yang berminat untuk menyertai perlawanan yang akan dianjurkan dapatlah menghubungi saudara Castello (En Kamal) 017-3282485 dan saya kamal.kamikaze 016-2552013. Butiran lanjut akan diberitahu kemudian.Sekian,KAMAL.KAMIKAZE

ULASAN PPPBC
Yang ini SALAH dan TAK ADA PUN.... di tegaskan PPPBC sama sekali tidak pernah menjemput sesiapa / mana mana pihak pun... Kadang kadang pihak pihak tertentu suka mengunakan nama pihak lain untuk mendapat kredit.... ahh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan