08 Julai 2010

GAMBAR ORANG LAIN, YANG KITA NAK TENGOK ....

(Atas)Seorang pekerja di Islamabad Pakistan kerja mengangkat kotak kotak berisi mangga ke Pasar Buah buahan.
(Bawah) Seorang anak kecil memberi reaksi dari dalam rumahnya yang dibuat dari lumpur di Islamabad di Pakistan.
Kalau di Malaysia orang orang Pakistan bebas pergi ke rumah rumah /kampung untuk berniaga, sedang anak isteri mereka di negeri mereka jumpa orang pun tak boleh..
Orang ramai menyejukkan badan didalam kolam yang terapung di Sungai Spree semasa musim panas di Berlin Jerman-July 5, 2010. Cuba di Malaysia dibuat kolam di sungai pulak. Sumber air dah tentu percuma .... buatlah kat Sungai Klang ke..buat dua tiga biji.
Murid murid sekolah di Korea Selatan berenang sambil membawa belon menyertai acara 'river-crossing' Sungai Han di Seoul pada 07 July 2010. Kira kira 700 murid mengambil bahagian dalam acara tahunan tersebut untuk menguatkan tubuh badan dan semangat mereka.
Kalau di Malaysia, teruk sekolah kena saman.. lemas anak aku, kau jaga ahhh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan