08 Julai 2010

Ayah Joe (05-03) meninggal dunia

Ayahanda kepada Saudara Joe @Mohd Khair telah meninggal dunia pada pukul 11 lebih pagi semalam (07 Julai 2010 bersamaan hari Rabu. Allahyarham Abd Jalil bin Aki yang tinggal di Blok A meninggal dunia setelah sekian lama uzur.

Ramai kenalan telah menziarahi jenazah Allahyarham di Surau At-Taufiqiah dimana tempat jenazah dimandikan dan dikapankan. Pengkebumian telah dibuat selepas Solat Asar di Tanah Perkuburan Bukit Tandang.

Majlis tahlil telah diadakan pada sebelah malamnya di Tingkat Bawah Blok 'C'.
Semuga Allah mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham semasa hidup dan ditempatkan rohnya dikalangan orang orang yang beriman. Amiin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan