09 Februari 2011

BUAT GELANGGANG BADMINTON AWAL 2005

Gelanggang Badminton Blok C, punya catatan yang panjang sebenarnya..
tapi mals je nak bukak..

Beginilah rupa gelanggang tu semasa mula dibuat. Sebelum terbina gelanggang tersebut sudah ada gelanggan disitu..dipelopori oleh beberapa orang yang dikepalai orang Badrolhisham. Gelanggang tersebut dimainkan diatas tanah merah tu dan linenya dibuatnya dari kayu kopcai untuk kapit siling rumah. Saya ingat lagi Hisham dahulukan duitnya untuk membeli kayu tersebut. Seminggu dua kayu tersebut terletak disitu tanpa perkembangan. Masing masing buat tak tahu..Hisham dah benggang ..duit dia dah dulukan.. Beberapa bulan selepas dimainkan ..rasa tak sedap timbul dikalangan pemain. Mulalah cadangan untuk mengumpulkan duit untuk dibina gelanggang simen..ada yang sumbang lebih ada yang kurang..diantara penyumbangnya adalah Mutalib Hardware..dan Ishak C-10-02 yang beri jaring besi (yang keras dan harganya pasti mahal-tapi dia dapat free.)

Tengoklah dalam gambar tu diantara penyumbangnya, samada bentuk duit atau tenaga
Tapi ada juga yang memboikot .. ramaiiii.. siapa..
tak kisahlah, janji kita boleh berbaik baik dikalangan penduduk.
Kos tinggi jugekk..lebih RM 600.00 kalau tak silap..
Kokoh memang kokoh...simen banyak guna dan dawai asasnya banyak dan kuat.

Prakas pun tolong..kuat ooo..dia kerja..tulah anak Prakas kalau mahu main jangan marah





Wak Aziz pun ada saham sama dengan anak Opah tu (arwah)
Yang ni untuk sessi bergambar..boleh tahan
Hensem Abang Man Besi Tuuu.. Tapi sokong moral tinggi ooo
Hampir siap..
Antara budak2 yang menyumbang tenaga.
Boseknya belum berapa kering..susah cat nak melekat..tapi desakan untuk nak cepat main..cat jugalah..budak budak dulu menyulungkan.. Siap kita buat tempat pengadil mengira mata sekali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan